h1

the sports car and the Quran.

August 18, 2009

in the name of Allah

peace be upon Muhammad

every morning, to avoid from sleeping after Subuh prayer, I’ve to check my mail, reading papers, doing some blog-hopping then start my day with other routine. and this morning, I got more input than yesterday. alhamdulillah !

from here.

A young man was getting ready to graduate college .
For many months he had admired a beautiful sports car in a delaer’s showroom , and knowing his father could well afford it , he told him that was all he wanted
As Graduation Day approached , the young man waited signs that his father had purchased the car
Finally , on the morning of his graduation , his fater called him into his private study . His father told him how proud he was to have such a fine son , and told him how much he loved him . He handed his son a beautiful wrapped gift box .
Curious , but somewhat dissapointed , the young man opened the box and found a lovely , leater-bound Quran
Angrily , he raised his voice at his father and said “With all your money you give me a Quran?!! ” and stormed out of the house , leaving the holy book .
Many Years passed and the young man was very successful in business . he had a beautiful home and wonderful family , but realized his father was very old and thought perhaps he should go to him . he had not seen him since that Graduation Day
Before he could make any arrangements , he received a phone call telling him his father had passed away , and willed all of his possessions to his son . He needed to come home immediately and take care things
When he arrived at his father’s house , sudden sadness and regret filled his heart .
He began to search fo his father’s important papers and saw the “still new” Quran , just as he had left it years ago . With tears , he opened the Quran and began to turn the pages
As he read those words , a car key dropped from an envelope tape behind the Quran
*cling…
It had a tag with the dealer’s name , the same dealer who had the sports car he had desired . On the tag was the date of his graduation , and the words … PAID IN FULL!
How many times do we miss ALLAH’S blessing because they are not packaged as we expected?

A young man was getting ready to graduate college .

For many months he had admired a beautiful sports car in a delaer’s showroom , and knowing his father could well afford it , he told him that was all he wanted. As Graduation Day approached , the young man waited signs that his father had purchased the car.

Finally , on the morning of his graduation , his father called him into his private study . His father told him how proud he was to have such a fine son , and told him how much he loved him . He handed his son a beautiful wrapped gift box .

Curious , but somewhat dissapointed , the young man opened the box and found a lovely , leather-bound Quran.

Angrily , he raised his voice at his father and said “With all your money you give me a Quran?!! ” and stormed out of the house , leaving the holy book .

Many years passed and the young man was very successful in business . he had a beautiful home and wonderful family , but realized his father was very old and thought perhaps he should go to him . he had not seen him since that Graduation Day.

Before he could make any arrangements , he received a phone call telling him his father had passed away , and willed all of his possessions to his son . He needed to come home immediately and take care of certain things.

When he arrived at his father’s house , sudden sadness and regret filled his heart .

He began to search fo his father’s important papers and saw the “still new” Quran , just as he had left it years ago . With tears , he opened the Quran and began to turn the pages.

As he read those words , a car key dropped from an envelope tape behind the Quran

*cling…

It had a tag with the dealer’s name , the same dealer who had the sports car he had desired . On the tag was the date of his graduation , and the words … PAID IN FULL!

How many times do we miss ALLAH’S blessing because they are not packaged as we expected?

SubhanaAllah. Walhamdulillah. Wallahuakbar.

Mom, dad, I’m missing you. Thanks for all your love and care :)

And My Protector, all praises belong to you. One and only.

Jadikan aku dalam hamba-hambaMu yang bersyukur.

and He knows best.

wallahua’alam.

h1

jom daftar jom !

August 17, 2009

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang

dengan ini, pendaftaran bagi Sekolah Islam Ramadhan (SIR) telah dibuka kepada semua muslim, tak kira umur, jantina, warna kulit dan taraf status !

Pengajian :

Semester 1 – mendapat rahmat

Semester 2 – menuju maghfirah

Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka

Syarat-syarat kelayakan :

1. Persediaan mental – menahan diri dan nafsu dari kejahatan

2. Persediaan ruhi – meletakkan sepenuh jiwa untuk sukses

3. Persediaan fizikal - jasad yang mantap untuk melaksanakan tugas

4. Sesi muhasabah - terhadap puasa pada Ramadhan lepas

5. Masterplan - merancang yang lebih baik pada tahun ini

6. Menjalani persediaan di Kolej Rejab dan Syaaban

Kurikulum dan ko-kurikulum :

Puasa 30 hari + Qiyammullail + Tilawah Al-Quran + Sedeqah + Tarawikh & Nawafil + Iktikaf + Umrah + Zikir + Amr Ma’ruf Nahi Munkar

Saham-saham yang disertakan (secara kasar) :

Purata sehari Nawafil Fardhiah* Jihad + Dakwah**
Selain Ramadhan 1 70 700
Ramadhan 70 4 900 49 000
Lailatul Qadr 50 400 35 280 000 352 800 000

*Dalil dari Hadith Rasul SAW. (maaf tak ingat matan)

**Dalil dari Al-Quran 2:261

Sijil-sijil tamat sekolah :

- Sijil penyertaan : hanya menahan makan dan minum (Soum ‘awam)

- Sijil khas : menahan makan, minum dan perkara mungkar serta memakruhkan puasa (Soum elkhusus)

- Sijil tinggi khas : menahan segala perkara yang mencacatkan puasa dan juga menambah amal-amal soleh (Soum khusus elkhusus)

Kelebihan-kelebihan berbanding sekolah lain :*

Dibuka pintu syurga. Ditutup pintu neraka. Diikat syaitan-syaitan. Dianugerahkan lailatul Qadr. Dilimpahkan rahmat. Diampunkan dosa. Dimakbulkan doa. Dikurnia haruman kasturi dari mulut.

*Akan dianugerahkan semuanya tanpa terkecuali jika segala kurikulum dan ko-kurikulum dikerjakan dengan penuh dengan keimanan dan kesungguhan (eemanan wahtisaaban)

Testimonial dari doktor pakar sakit jiwa :

“Tempoh minimum untuk mengubah tabiat manusia adalah 30 hari = tempoh Sekolah Islam Ramadhan.”

Graduan yang telah berjaya :

Ahli-ahli Badar (313) : Para mujahid yang perlu berperang walau pada asalnya tiada niat untuk menentang musuh sebegitu. Namun, akur dengan perintah Allah dan Rasul.

Tentera-tentera Khandak : bersama-sama menggali parit sepanjang 2.3km, dengan kedalaman hingga 4.5m, dan lebar lebih kurang 4.1m [Al-Quran for Life Excellence, Dr Danial Zainal Abidin]

Toriq ibn Ziyad & tentera-tentera Andalus : panglima perang, Toriq bersama tentera-tenteranya menyeberang selat di antara Afrika dan Eropah dalam usaha untuk menawan Andalus. Diwajibkan para tenteranya untuk Qiyam. Dibakar segala kapal untuk membunuh rasa rindu dan hendak pulang ke kampung halaman serta menambah fokus bagi para tentera. Akhirnya kemenangan di tangan mereka.

Abd Rahman Al-Ghofiqi – seorang syaheed, seorang panglima tentera dalam siri peperangan Andalus, perang ini berlaku dalam kawasan sejauh 30km dari bandar Paris.

Ali Abi Talib – dihantar ke Yaman bersama surat baginda SAW untuk penduduk di sana dan dalam satu hari sahaja telah berjaya untuk mengimamkan solat mereka.

!!! Perhatian : Sekolah Islam Ramadhan (SIR) = Seer = dalam Arab, membawa maksud rahsia. Ganjaran puasa itu hanya terletak disisi Allah semata-mata. Maka, ambillah hatiNya untuk sejahtera diri anda. Kelebihan-kelebihan yang disenaraikan dan saham-saham yang dihuraikan secara kasar hanya sebagai penolak bukan jaminan untuk akaun peribadi.

Dan sekolah ini tidak mendidik jiwa pelajarnya untuk berbelanja berlebih-lebihan seawal mungkin seperti tidak mengalu-alukan langsung tetamu mulia ini.

Allahuma ballighna Ramadhan ~

and He knows best.

wallahua’alam.

h1

hidden bonds.

August 8, 2009

1_657045265l

rindu saat itu.

mekar ukhuwah kerana senyuman.

Kelas 2 Uthman – 3, 4, 5, 6 Abu Bakar. mengajar erti berkawan. bermesra. menganyam erti hidup. terima kasih kawan. moga kalian sentiasa ditetapkan kaki di jalanNya.

mekar ukhuwah kerana tangisan.

Kelas 1 Tirmidzi, 2 Bukhari, 3 Abu Daud. segala tangisan kita dirakam, tersemat kemas dalam hati dan jiwa. membesar dengan pahit maung remaja berdarah manis. terima kasih teman atas segala pelukan dan dakapan. moga kalian kan terus tersenyum menatap wajahNya nanti.

mekar ukhuwah kerana hati.

Kelas 4 Jannatul Ma’wa, 5 Jannatul Firdaus. dengan hati yang satu, berdoa memohon agar punya jiwa yang sama, untuk teruskan hidup di tempat asing itu. akhirnya, tenang ditemu jua. hati-hati telah dieratkan hingga kini tersimpul rapi. terima kasih sahabat. moga kalian kan terus berjuang hingga nafas ditarikNya.

mekar ukhuwah kerana nikmat dan musibah.

MEP6. Gen6. tawa dikongsi. tangis dirasai. tangan yang dihulur tidak dibiar kosong. kaki yang tempang tidak dibiar tanpa sokong. terima kasih Soodiq. moga kita kan saling berpegangan tangan dalam tamanNya nanti.

ya Rab, lindungi ikatan ini dari fitnah dunia akhirat. rahmati tali mahabbah ini. moga kan terus kekal hingga bertemuMu.

sob sob.

and He knows best.

wallahua’alam.

h1

pakciks.

August 5, 2009

kepada,

pakcik lab Patho yang duk halau kami keluar bila doktor dah sampai dalam kelas untuk sesi penerangan lab hari itu

pakcik lab Pharma yang setia mengangkat LCD & CPU setiap kelas kami tanpa rungut, lagi senyum ada :) hingga kadang ke tingkat tiga dia perlu mengangkatnya :|

pakcik lab Microb yang sentiasa datang awal membuka pintu department, memasang komputer & menyiapkan secawan kopi tuk paginya

pakcik lab Parasit yang setia menunggu dari awal pagi tuk menanda kehadiran kami setiap kelas

pakcik lab Physio yang tak lelah memadam white board dengan thinner hingga putih licin bersinar bagi memudahkan doktor kami mengajar dengan senang hati

pakcik lab Anat yang ke hulu ke hilir menjual glove pada kami kiranya kami tiada dan mengangkat bodies yang perlu kami belajar pada hari itu dari dalam peti ke atas katil besi

pakcik Biochem yang tak pernah marah walau berkali-kali tabung uji dipecahkan akibat bahan kimia yang terus-terusan dipanaskan tanpa henti [oh, patutnya dialihkan sekali sekala dari nyalaan api itu..]

pakcik Histo yang tak henti-henti merokok sampai satu department bau rokok, nasib tingkap dibuka heh

pakcik kedai sabun yang peramah tak hengat ;) sampai Yana pon dia nak pikat ha ha

pakcik bye-bye topup yang sekarang tak jual topup dah [mungkinkah Vodafone dah ban pakcik? hik hik]

arwah pakcik Shiko yang macam atuk sendiri, melayan kami dengan senyuman, oh ye, kami salu beli eskrem kat kedai dia :D

pakcik fatirah yang dah bertambah geng-geng fatirahnya bersama mempelbagaikan jualan *go go ‘ammu!*

pakcik tuan rumah yang sanggup memanjat rumah kami yang tingkat paling atas ni [tingkat 6 oke!] setiap akhir bulan semata-mata nak mintak sewa [padahal boleh sajor kami hantar pada pakcik sendiri..! heee]

pakcik kedai ayam yang dah taw ayam kami kene potong doblas ha ha sebab kalau potong 4@8 sangat besar tuk kami makan dan masak oke !

pakcik kedai beras yang selalu layan orang arab dulu sob sob, sebab tu kene datang beli masa orang takde huh

pakcik kedai plastik yang cuba memahami dengan amat kami nak barang apa, sampai segala isyarat keluar lambang tak reti dalam bahasa arab ‘ammi ape hi hi

pakcik lektrik yang selalu datang umah mintak bayar bil masa kami takde kat umah, asfa ya ‘ammu :)

pakcik simsar yang tolong kami carik rumah masa soifi-soifi gini, tambah-tambah pulak Ramadhan nanti mungkin ada lagi misi pencarian rumah dan perpindahan

pakcik eskrem [yang kedua :) ] yang muka jarang senyum [mungkin sebab prasan hensem?] tapi bila tengok dia jalan rupanya kaki dia [...] bukan yang biasa, oh pakcik memang macho *wink* heee

pakcik teksi yang baik atau yang kejam atau yang sopan atau yang kasar atau yang berbudi atau yang peramah

pakcik askar yang berjaga di jalanan kerana banyak bangunan kerajaan yang juga melihat dan menjaga kami berjoging di awal pagi hari sebelum segala kereta mula menyesakkan trafik

dan segala pakcik yang pernah bertembung, terlanggar, terhon, menolong mahu pon menjaga kami secara langsung mahu pun tidak

terima kasih. thank you. jazakumullah.

kerana pernah hadir dalam hidup memberi madu dan racun. memberi kekuatan dan pengajaran. waima pahit atau manis hatta amarah pon hadir sama. tapi itu yang mewarnai jalan hidup ini, selama di sini. biar segala kata-kata yang diucapkan manis atau hanya nista belaka tapi kami tahu doa-doa pakcik kan tetap mengiringi kami selalu.

kerana kata-kata pakcik selalu berakhir dengan ‘rabbuna yuwafa’ku’.

angkatlah doa mereka wahai Kuasa Tertinggi.

rahmati mereka, redhai mereka, tunjuki mereka kepada Yang Lurus, murahkan rezeki mereka, bahagiakan mereka di sini dan ’sana’, berkati umur mereka di dunia dan syafaatkan mereka pada Hari Himpunan-Mu.

dan akhirnya, temukan kami dalam tamanMu Tuhan. :)

when He gives

He shows you His kindness

when He deprives

He shows you His powers

and in all that

He’s making Himself known to you and coming to you with His gentleness

- Ibn Ata’Allah-

wallahua’alam.

h1

cahaya.

July 29, 2009

soifi menarik minat aku mem’blogging’. habis punah segala idea untuk menulis. di bawah ini, hanya sebagai ingatan. moga ada manfaatnya.

Tiga Cahaya di Hari Kiamat

Di hari Kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab:

Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Cahaya yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Dan cahaya ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Pelihara solat kau itu.

wallahua’alam.

h1

el7amdulillah.

July 16, 2009

subhanaAllah.

wal7amdulillah.

wa la ilaha illa Allah.

wa Allahu Akbar.

el7amdulillah. thumma el7amdulillah. thumma el7amdulillah.

moga barakah dan rahmahMu mengiringi kami sentiasa tanpa putus.

moga belas kasihMu memayungi kami selalu tanpa henti.

tahun 1 2006 : 20+ Mumtaz

tahun 2 2007 : 10+ Mumtaz

tahun 3 2008 : 30+ Mumtaz  ^__^ [terharu bole dengan kawan ? tsk tsk]

DSC00242

terharu lagi dengan usaha mereka yang Allah berkati. moga kami dalam golongan yang bersyukur terhadapMu. moga kami bukan di antara mereka yang kufur dan lupa. dan moga sampai ke syurga kejayaan yang Kau redhai mengiringi kami.

DSC00127

tambah-tambah haru lagi dengan curahan kasihNya. diuji dengan susah payah sepanjang 3 bulan exam. baca, tak masuk. baca, ngantuk. baca, lupa. tension + penat + serabut = tido. bila hari exam, sume muke tegang depan dewan. masuk dewan, peluk kawan masing-masing, carik semangat. senyum dengan payah agar hormon baik-baik keluar. berakhirnya exam, sume mahu balek awal. mahu tido. mahu lelap walau seketika. tolak tepi sume kertas soalan.

DSC00129

bila hilang rasa mahu usaha, sahabat dicari. buzz. buzz. bila buntu mencari penyelesaian, teman dicari. buzz. buzz. bila mahu kacau orang tika telah bosan membaca, rakan dicari. buzz. buzz. YM sibuk amat. ha ha.

IMGP1121

habis betol semua paper, rasa mahu melompat bergayut di awanan putih.

tapi resah tetap ada. debaran menanti keputusan. dan kelmarin pengakhirannya.

Allahu Samad. Allahu Samad. Allahu Samad.

terima kasih yang teramat untuk segala doa dan ingatan kalian.

moga Allah membalas dengan sebaik balasan.

^____^

wallahua’alam.

Allahuma baarik lanaa fi Rajab wa Sya’ban wa ballighna Ramadhan.

h1

Allah nak ajar, dengar.

July 4, 2009

in the name of Allah

peace be upon Muhammad, The Last Prophet.

0955am : One message received

[Adik Kak Tun meninggal pagi tadi, selamat disemadikan sebelum zuhur tadi]

kala itu, aku sedang berlari. kat Hadiqah Dauliyah. untuk Amazing Race.

lemah terasa jantung. kawan Bangah, Azizol, selamat menghadap Ilahi pagi ini. Anak yatim, anak bongsu dari 8 (kalo tak silap), berumur 16 tahun, seorang yang sangat beradab dan tersusun tutur. Khali. Diam dalam meratib pada Ilahi. Dia telah pergi dulu. Leukemia. Barah darah. Stage 4. Itu yang merampasnya dari hidup seperti biasa. Merampas darinya gelak tawa dan gurau senda harian. Umi & Abi ada menjenguknya kelmarin. El7amdulillah dia masih kenal walau barah telah sampai ke otak.

Bukan macam Arwah Mak Yang dulu. Mak Yang lupa anak-anak perempuannya. Tak kenal. Badan susut. Muka macam muda-muda dulu cuma cengkung dan pucat. Anak-anak kandung pon Mak Yang tak kenal, apetah lagi aku, anak buahnya. Arwah pergi jua akhirnya. Setelah itu, Kakyong Nabihah dikesan oleh doktor menghidap barah darah, leukemia. El7amdulillah, Allah masih memanjangkan umurnya hingga kini setelah 20+ rawatan kemoterapi.

2001 : Pertama kali menerima berita kematian. Sedang dalam kelas Kemahiran Hidup kat bengkel sekolah, kakak senior panggil ke pejabat. Katanya Abi telefon. Tika memberi salam pada Abi dari gagang telefon, terus Abi khabarkan, Abi di Ipoh kini. Untuk mengebumikan atuk, ayah Abi. Diam. Diam seribu bahasa. Lemah terasa lutut yang berdarah semalam. Malam sebelum itu, aku jatuh depan surau asrama. Luka agak teruk. Dan denyutan luka bertambah kuat setelah mendengar berita itu. Atuk, Abd Rahman Dahalan, suka benar menciumku, menjadi cucu kesayangannya selepas Kak Yani, Abg Muzaffar & Is. Atuk selalu tersenyum. Atuk selalu melayan kerenah. Atuk selalu ketawa. Atuk tak pernah marah. Atuk selalu sangat gelak. Tapi atuk takut ubat rupanya. Hm, rindu atuk. Kau, Yang Tahu, rahmati atukku itu. Dan sayangi dirinya sepertimana dia telah menyayangi ayahku suatu masa dahulu.

2006 – Mak Yang, ipar Umi merangkap isteri pada adik Abi. Punya sepasang anak kembar yang sulung – Fatin Nabilah & Fatin Nabihah (Kaklong & Kakyong), anak kedua – Nafisah, anak ketiga – Safiyyah. Kesemuanya el7amdulillah dibesarkan dengan sangat baik sekali. Pak Yang seorang guru. Mak Yang merupakan antara makcik-makcik aku yang paling lembut. Bicaranya tak pernah tinggi suara terhadap orang lain. Kata-katanya memujuk hati dan bibirnya sentiasa tersenyum. Anak-anak ditarbiyah menjadi hafizah el7amdulillah. Tapi barah juga yang meragut dirinya pergi. Breast cancer. Mak Yang pergi dalam tenang dan aman. Kaklong la yang punya kuat untuk tolong membersihkan wajah ibunya. Adik-adik yang lain masih lemah di dalam bilik. Dan el7amdulillah kini, mereka punya ibu baru :) moga Allah memelihara Mak Yang di sana dengan sebaiknya.

2007 – Empat kematian. Dua darinya –> Ustazah Fauziyah, PKHEM sekolah & Siti Munirah, junior sekolah. Ustazah dikatakan jatuh dalam bilik air dan meninggal. Punya masalah jantung dan memang bukan dalam kondisi yang begitu baik pada hari-hari sebelumnya. Munirah, meninggal tatkala bermain dengan adik-adiknya di rumah. Arwah menjerit memanggil ibunya kerana katanya sakit kepala namun setelah itu dikatakan telah pergi tak kembali. Baki dua –> Moyang & Sepupu. Moyang meninggal kerana umurnya yang memang tua dan el7amdulillah kaum kerabat ada disisinya tika itu. Sepupu kembali padaNya pada hari yang sama dia jatuh sakit. Jam 10pg, badannya beransur-ansur panas, menginjak pula ke tengah hari, he lost his control over his bladder function then his temperature spiked up tremendously. Masuk hospital, Umi Abahnya dipanggil dari tempat kerja, meneman anak disisi. Jam 6ptg, dia pergi tuk selamanya. Moga Kau rahmati dan kasihi mereka semua ini, lebih dari kasih aku terhadap mereka. Lebih yang sangat lebih. Kerana Kau yang Maha dalam segalanya.

2009 – Ketua merangkap qudwah dan teman, Ammar Zulkifli & Azizol, teman sepermainan Bangah. Seorang pergi kerana kemalangan, seorang pergi kerana sakit. Moga pergimu itu ada ganti yang Allah beri, ganti yang lebih baik, lebih baik untuk Deen dan ummah :)

actually, I got the news about Azizol @ Jijoi who had leukemia two days before, when I was on the way back from Uswah’s house, after cooking for her. I was just too glad to see her 1st born baby-boy, Yahya b. Suhaib. Then, mom sent me the breath-taking news. On that day, mom and dad went to see him and he could still recognize them. Mom asked him how he felt nowadays. He just said, he’s having a bad headache. Well, he was diagnosed stage 3 leukemia during the last 3idul-fitr. But now, it has advanced rapidly and entered stage 4. And now, he’s gone forever.

Moga Allah rahmati hidupmu sepanjang di alam dunia. Moga azab kuburmu diringankan. Moga dibuka bagimu pintu-pintu dari taman-taman syurga. Moga wajahmu diserikan dengan air wudhu’ yang selama ini kau amalkan. Moga Allah mengurniakan kekuatan kepada ibumu sepertimana Dia telah mengurniakan ketabahan buat Khadijah r.a tatkala kematian putera-puteranya.

Ahh, tenanglah hati. Mati juga menghampiri kau. Moga dalam husnul khatimah.

Allah nak ajar, dengar. Allah nak tunjuk, lihat. Allah nak beri, ambil. Allah nak tarik, redha.

Moga tiada hentinya hidayah dan taufikMu buat kami Ya Haadi.

Moga tangis kami lebih dari tawa di dunia.

Mohon dengan amat.

Allah, moga hanya itu yang berada di lidah dan hatiku selamanya.

for He knows the best.

wallahua’alam.

h1

hutang lama.

June 29, 2009

hutang dari I-sya.

award[1][2]

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

Done ! ;)

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

# A girl who could really express herself well. Really, I mean it. I’m one of her silent readers and I’m following her updates as long as I can remember about 4-5 years already. And for that period of time, I know when she’s mad, funny, crazy, calm and bored. She wrote them down very neatly :)

# She’s small. Like me. ha ha, seriously, one day kan aritu I-sya, pi umah Nadz, even her mom kata when she saw me about 4 meters away ‘eh tuh Aisyah AB ke?’.  heh :P

# She lives in B.B.Bangi, in a group of houses which my mom said – people called it ‘Crystal houses’- tah betol ke tak, and nak dijadikan cite, dulu selalu cycling area Seksyen 4 and I-sya’s house (walau masa tu, penuh dengan lalang & semak sebab belum pindah masuk :) ) was among one of the house I admired the most. Sebab rumah tu lot tepi & cantek :D

# She has one little younger brother (the youngest, Anas) that she could play and do silly things with him. Mine have already entered high school so I’ve no one to play silly and childish things with. ha ha, jeles ke hape. Cousins je la harapan.

# She’s the oldest in family. She has one name. No ‘Nur’ or ‘Siti’ or ‘Dayang’ or whatsoever. Like me :)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

# Tak suka makan makanan yang dah sejuk. Mesti kene panaskan dulu.

# Cepat buhsan. [ha ha, tu sebab asyik buat bende pelik2 je tiap2 bulan :P ]

# Gila maths. tapi sekarang, hutang pon salah kira. *sigh*

# Hate caffeine [exception for tea and cocoa]. Seriusly, enough for just the smell, I really could be stimulated to be awake. Ouh, thanks for my dear housemates and lecturers for bringing along their cappucino, coffee and nescafe to classes. ha  ha~

# High level of curiousity. So, don’t say anything to me if you do not wish to share it :P ‘coz soon enough I’ll know the details. From trusted sources.

# In love with swimming. Thanks to Abi and Umi yang daftarkan kelas.

# Nak sangat adik perempuan. When the last one turns out to be a boy, I walked slowly to his cot then pinched his foot. ha ha geramnye pasal. But then I learned, el7ahmdulillah, the baby was he not she. ‘coz I could buly him with all my heart without hearing him tell-tale-ing or crying non-stop to my mum. ha ha~

# Hate being in the crowd for the whole day [like shopping complex on weekends or parties etc] and in the sun for a long period [like sport's day or whatsoever events without a tent or shade for protection]. These will give me headaches and migrain.

# Had lost my watches over 10 times [kot..?]. Mom got fed-up with me. ha ha, asyik beli baru je. Since I’ve my scholarship, I bought 2 watches. I lost the 1st one. :P

# Pernah dikejar anjing. Horror betol. Dah la mase tu la jugak selipar putus. el7amdulillah semua selamat kaki tangan tanpa calar :)

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.

hu part ni la yang tak reti. eh, sape nak buat sila la ye. tak paksa. ngee :D

[ok ninah, part 1 tag kau aku dah buat, aku tak buat yang part 2 sebab aku tak bace buku ape pon sebelom ni heee :) ]

- fuh, akhirnya, habis siap. :)

wallahua’alam.

h1

khali dalam hilang.

June 15, 2009

bismillah.

hilang nafsu.

nafsu untuk terus menulis seperti yang lain. maaf. bukan niat.

sila rujuk segala link di bawah untuk maklumat.

.: Ini Amad Pesan :.

click !

lurv4Allah

criestz

kimia sempurna

HARAKATUL INQAAZ

UPDATED

Serpihan Perkongsian

AzahAmin

UPDATED #2

MizJana

Kalam Puncak

Jackster

mohon doa dari kalian. doa untuk sahabat-sahabat yang ditinggalkan. moga semangat dikembalikan, jiwa diteguhkan, iman ditingkatkan dan taqwa digandakan.

mohon doa jua untuk kami yang masih punya ujian lisan berbaki 3. moga lidah dilancarkan, kata-kata difahami dan hati guru yang bertanya dilembutkan untuk menerima jawapan kami.

mohon doa yang terus. tiada putus. kerna hanya doa pengikat bersama.

usahlah dibiar tangis berjujuran lagi. jangan izin Thaghut menang ke atas diri. istighfar. zikir. Al-Fatihah. Yaasin. Allah lebih mengerti hati kau. maka tenanglah dalam mengharungi mehnah ini. sabar kau akan dikira pada setiap detiknya.

for Allah knows best.

wallahua’alam.

h1

ketua kelas.

June 11, 2009

in the name of Allah

peace be upon Muhammad

mungkin dah banyak tawa. mungkin dah banyak senda. 

kini hadiahnya tangisan yang tiada henti.

ketua kelas kami. setahun pon tidak sampai. selalu inbox dipenuhi mel darinya mengingatkan sahabat-sahabat lain. teguran dilontar, pujian dihulur dalam hikmah yang tersusun. saat ini, terkenang-kenang saat kami melantiknya pada awal tahun. kecoh dewan kuliah menyokongnya. bagai baru semalam detik itu. teringat jua kala berkhidmat di bawahnya untuk mengurus dinner bersama JPA. walau program kecil sahaja namun dedikasi yang diberikan amat tinggi. teliti hingga ke perkara kecil. 

rupanya Yang Memiliki lebih menyayangi. Dia ambil dirinya dalam kondisi kami gembira dengan tamatnya peperiksaan bertulis akhir tahun 3. Dia ambil dirinya tika sedang sibuk menguruskan rehlah pengukuh ukhuwah ikhwah gen 6 selepas ujian lisan. Dia ambil dirinya tika masih dalam tempoh menuntut ilmu.

moga Allah mengampunimu, merahmatimu dan meredhaimu.

moga Allah membuka pintu-pintu syurga buatmu dan bukan lubang-lubang neraka.

moga hisabmu diringankan, mizan kananmu diberatkan dan buku amalanmu diterima di tangan kanan.

moga syafaat Rasulullah SAW kau peroleh, dan meniti titian Sirat dengan selamat.

moga kau mendapat minum dari telaga Kauthar dan naungan oleh Yang Belas Kasihan di Padang Mahsyar kelak.

moga kau dimasukkan ke dalam syurga tertinggi bersama Nabiyeen, Soliheen dan para Syuhada’.

Kau yang bernama Muhammad Ammar bin Zulkifli. pemergianmu menyatukan hati kami; dalam perit dan pahit.

quote Allahyarham : Mereka adalah anak-anak akhirat, melihat dunia dari jendela akhirat. Bernafaslah dalam jiwa hamba.

tunggu kami sahabat. kami bakal menyusulmu.

doa dan terus berdoa bagi mereka yang masih diizin untuk bernyawa. moga Akram kan stabil dan dapat meneruskan prosedur yang seterusnya. moga Abd Rahman kan dapat pulih dan melepasi segala komplikasi dengan jayanya. moga jiwa Fitri tenang dalam pemeliharaanMu Tuhan. moga akal dan hati Saif dipanduMu dengan sebaiknya. pelihara setiap dari mereka Ya Rab kerana pemeliharaan Kau yang terbaik. wa la haw la wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim.

bagi Kau segala yang terbaik.

innalillah wa inna ilaihi roji’uun.

wallahua’alam.

p/s : hilang seorang musyrif kami joging T_T moga Kau pelihara baki yang satu, dia yang masih belum sedar itu duhai Yang Tahu.