h1

reblogged post.

September 28, 2009
Pada perang Qadissiyah menyaksikan pasukan muhajirin dan ansar menyeberangi sungai yang membatasi mereka dengan camp pasukan Persia. Bangsa arab yang “tidak mengenal air” ini menjadi begitu berani, saling berganding tangan dan berangkulan membelah sungai Euphrates yang deras.
Rombongan yang besar itu tiba² berhenti di tengah arus yang ganas dan semuanya membungkuk meraba² ke dalam riak air sungai.
“Qa’bku! qa’bku!, kantong airku, kantong airku jatuh!”, seru salah seorang anggota pasukan muslimin. Hal itu membuatkan puluhan ribu tangan seketika mengaduk-ngaduk sungai Euphrates.
Panglima Persia dan pasukannya yang tegang menanti di seberang sungai dengan pedang terhunus ternganga. “Hanya kerana sebuah kantong air, semua pasukan mengaduk² sungai Euphrates? Lalu bagaimana kalau salah seorang dari mereka terbunuh oleh kita?”seru si panglima.
Ya mereka tak pernah akan mengerti tentang ukhwah sebelum merasainya. Jika pedang menebas salah satu dari tentera pasukan muslimin, yang kene pedang tak akan berteriak kerana ia hanya merasakan cubitan yang mengantarnya menuju keridhaan Allah. Yang ada hanyalah teriakan saudara seiman yang ada di sampingnya! “Argh~~~~” tinggi teriakannya. “…saudaraku, engkau mendahuluilah aku ke syurga, engkau mendahuluilah aku ke syurga”..in the name ofin th Allah

in the name of Allah

peace be upon Muhammad

menjengah kejap blog kakak-kakak France. tak boleh tinggal posting derang. rindu~~~

Pada perang Qadissiyah menyaksikan pasukan muhajirin dan ansar menyeberangi sungai yang membatasi mereka dengan camp pasukan Persia. Bangsa arab yang “tidak mengenal air” ini menjadi begitu berani, saling berganding tangan dan berangkulan membelah sungai Euphrates yang deras.

Rombongan yang besar itu tiba² berhenti di tengah arus yang ganas dan semuanya membungkuk meraba² ke dalam riak air sungai.

“Qa’bku! qa’bku!, kantong airku, kantong airku jatuh!”, seru salah seorang anggota pasukan muslimin. Hal itu membuatkan puluhan ribu tangan seketika mengaduk-ngaduk sungai Euphrates.

Panglima Persia dan pasukannya yang tegang menanti di seberang sungai dengan pedang terhunus ternganga. “Hanya kerana sebuah kantong air, semua pasukan mengaduk² sungai Euphrates? Lalu bagaimana kalau salah seorang dari mereka terbunuh oleh kita?”seru si panglima.

Ya mereka tak pernah akan mengerti tentang ukhwah sebelum merasainya. Jika pedang menebas salah satu dari tentera pasukan muslimin, yang kene pedang tak akan berteriak kerana ia hanya merasakan cubitan yang mengantarnya menuju keridhaan Allah. Yang ada hanyalah teriakan saudara seiman yang ada di sampingnya! “Argh~~~~” tinggi teriakannya. “…saudaraku, engkau mendahuluilah aku ke syurga, engkau mendahuluilah aku ke syurga”..

moga Allah pelihara ukhuwah kami hingga ke syurga.

pelihara ia dari hasad dengki.

pelihara ia dari rasa ‘ujub, takbur dan riya‘.

dan suburkan dengan hubb, mawaddah, serta rahmahMu.

untuk sahabat #1 – moga Allah memudahkan segala urusan jodohmu, moga Allah melapangkan dadamu dari segala sesak yang ada, moga ada peluang kita bertemu lagi didunia ini. *mengharapkan kau dan dia dilimpahkan rahmat yang tiada sudahnya*

untuk sahabat #2 – sabar & redha. Tuhan sebaik-baik tempat kau kembali, kerana hal-hal hidup dan mati itu di tangan Dia, belajarlah untuk meletakkan dunia di tangan dan akhirat di hati. yakin akan pertemuan abadi di sana. hanya perlu doa dari sini. doa anak yang soleh itu sangat diperlukan oleh ibumu. menangislah kalau itu melegakan. aku ada bila kau perlukan.

untuk sahabat #3 – jazakillah khairan jaza’ atas segala kekuatan yang telah diberikan, segala kisah yang telah diceritakan demi mengembalikan semangat yang telah pudar. moga kau sentiasa merasakan kehangatan dalam pelukan kasih sayang Tuhan :)

when you do things because of others, you’ll be frustrated in the end.

when things doesn’t go in your way and you begin to question them whilst before this you prayed to God to grant the best in everything, you’re actually selfish.

utk sahabat #4 – ucapan di atas untuk kau, sahabat. moga kau thabat di jalanNya. moga tarbiyah ini tidak menjadi fitnah buatmu. percayalah, Tuhan ada pengganti yang lebih baik. mungkin kau katakan, dia hanya satu Tuhan ciptakan dan tiada yang sebaik dirinya, tapi Tuhan Maha Mengetahui darimu, maka berimanlah.

sudah. aku perlu teruskan kerja yang ada.

and He knows best.

wallahua’alam.

Leave a Comment