h1

:s

September 21, 2009

logiknya,

bila dua orang tengah duk cakap dengan mesra, patut ke orang belakang yang tak dijemput pon untuk bercakap duk menyendeng kat tepi nak dengar ape yang dibualkan?

bila kita sampai ke tempat baru, tempat yang kita tak biasa, dan tempat yang bukan dalam pengetahuan kita pon untuk bergerak, perlu kan untuk bertanya dengan orang yang lebih tahu?

bila kita dah terlalu banyak jagaan yang perlu diawasi, terlalu banyak harta untuk dijaga atau terlalu banyak amanah yang dipertanggungjawabkan, tidakkah lebih baik untuk menerima pertolongan dari sesiapa yang menawarkan bantuan dikeliling pinggang?

bila manusia itu sendiri, dalam hidupnya, perlu dibentangkan dengan pilihan yang ada, dan diberi peluang untuk memilih secara sukarela mana-mana yang dia mahu, agar nanti esok hari, dia sendiri akan mengerti untuk bertanggungjawab dengan apa yang dipilih, dan juga akan cuba berfikir dengan waras dan bijak baik dan buruk kesan pilihannya itu. adakah relevan mereka yang menyekat kebebasan memilih itu? hatta untuk memilih untuk pergi atau tidak? untuk ikut atau tidak?

bukankah ukhuwah itu diikat atas dasar akidah? bukan kau selangor aku kedah, bukan kau orang kaya aku pesawah dan bukan kau ditarbiyah dan aku tidak, kau silap !

ibu kata, Tuhan mahu tunjuk sesuatu, dengar dan lihat.

mungkin aku pernah seperti mereka dulu. Ya Kareem, ikrimna.

ingatan untuk diri. bagi yang terasa, sila rasa dengan sepuasnya.

bagi yang tidak terasa, jangan cuba untuk merasa. kelak badan binasa.

Ya Mu’izz, a’izza nufuusina bideenak~

ultimately, He knows the best.

wallahua’alam.

p/s : Eid mubaarak buat sekalian pembaca ! moga rahmah Ramadhan sentiasa mengiringi kita hingga ke Ramadhan seterusnya insyaAllah, dan moga perubahan pada Ramadhan kali ini, kekal dan berkembang ke arah yang lebih baik hingga Ramadhan yang akan datang, mudah-mudahan !

2 comments

  1. erm…kdg2 baca blog k.kinah ni best jgk…tp terlalu tersirat…den x phm …tlg trgkan…blur2..


    • kih kih, bacalah dgn mata hati~
      jangan bace secara bahasanya saje, tapi cuba buat analogi dengan kehidupan seharian, insyaAllah faham, tak semua perkara perlu diterangkan, lagipon akak tulis ‘logiknya’ kan kan?
      ^.^



Leave a Comment