Archive for August, 2009

h1

(?)

August 30, 2009

ok just now it’s the max I could try to be reasonable.

mencari sebab. menenangkan hati yang kecamuk. akal telah lelah. hati masih serabut. namun lidah masih ditahan dari berkata. mungkin kerana Yang Dilaknat telah diikat. sabar hati, sabar. cari sebab. cari alasan. cari tenang. hanya dengan itu kau lepas, dengan jaya.

namun hingga ke akhir, terlepas keluh dan gundah. mana sabar kau hati? mana kawalan kau akal? kau gagal. kali ini.

sungguh, hingga kaki menapak rumah suci, hati ribut berhujah. mendebatkan yang betul dan melibas yang salah.

istighfar istighfar istighfar. Ramadhan di hujung 10 terawal. kau mahu lepas minggu rahmat begitu sahaja jiwa?

qunut penyelamat. membelai jiwa yang memerlukan. mendakap kalbu yang hangat dihambat amarah. membasahkan mata dengan titisan jernih. Tuhan, sungguh aku gagal kali ini. jangan kau henti ajar aku kendatipun aku hilang diriku sendiri.

Tuhan, perlukah aku tahu sebab itu?

ya, mereka kata kau kan tahu bila tiba masanya.

akur dalam pasrah dan redha. ya, hidup aku jua dari dahulu mencari jawapan yang tak pernah habis-habis, atas segala soalan yang Kau ilhamkan.

we are selfish in our own ways. why don’t you teach me the selfish of yours so that I could develop my tolerance with it the next time?

Tuhan, aku hanya punya kau. biarkan rasa itu selamanya. meski aku seorang. meski aku di khalayak. agar sentiasa ku rasa hangat kasihMu.

listening to – Find the Way : Wayfarers. [reason : missing someone somewhere who is super-extra-busy nowadays, whom is the first solo for the song *watery-eyes* :( ]

and He knows best.

wallahua’alam.

h1

banyak mana?

August 25, 2009

hari ini hari keempat puasa.

malam kelima terawih.

baru dalam minggu pertama Ramadhan. minggu diganjarkan rahmat buat yang layak. tapi dah nak sampai ke penghujung.

bacaan tilawah camne?

DSC00469

setebal inikah Quran kau?

tapi setebal mana pon, sukarkah melebihkan hak bacaan terhadap alQuran dari kitab-kitab lain yang biasa kau baca ? kerana mungkin dia bakal mensyafaatkan kau di Hari Perhimpunan nanti. mahu atau tak imuniti itu ? bacalah, dengan penuh tartil dan tajwid, dengan penuh khusyu’ dan tadabbur, kerana Allah tidak akan rugi malah kau sendiri akan kerugian.

DSC00470

ingat, kita dalam Sekolah Islam Ramadhan. jom kita gandakan hak-hak Allah dan Rasulnya. moga sama-sama sukses !

allahumma ballighna lailatul Qadr.

wallahua’alam.

h1

Ramadhan.

August 25, 2009

in the name of Allah

feels like to post some pictures, enjoy~

ramadan4

ahh ramainya berterawih. Alangkah bertuahnya Islam jika jemaah subuh jua begini di rumah-rumah Allah. Mudah-mudahan satu hari nanti. [Location : Indonesia]

ramadan28

Cuba teka derang tengah sidai apa? ok, vermicelli ! bravo ! mi hun ye kawan-kawan, untuk makanan iftor mereka :) [Location : India]

ramadan17

ohh mouth-watering desserts ! Spirals of sweet delicacies for the muslims, well made, well cooked. [Location : Bangladesh]

ramadan26lubnan

pakcik ini tengah kejut orang untuk bangun sahur. pakcik camni pon ade di Mesir, pukul 2 pagi lebih dah ada yang duk ketuk [tin kot?] sambil jerit ‘bangun bangun, qiyam!’|| moga Allah murahkan rezeki pakcik-pakcik sekalian ~ [Location : Lubnan]

ramadan31afghan

dua pakcik ni tengah solat atas bukit yang menghadap Kabul. bukit yang boleh melihat Kabul dari atas. solat itu tidak kira kita di mana. [Location : Afghanistan]

ramadan18egypt

ohh inila gambar yang nak ditunjuk-tunjuk kih kih, ini namanya ‘fanus’, lebih kurang cam tanglung, dibeli dan digantung di luar2 rumah, dipasang hingga fajar menjelma, agar dapat menerangi jalan-jalan para mukmin menuju ke masjid untuk terawih, iktikaf dan subuh ;) sapa nak satu? heh meh mai sini. [Location : Egypt]

more pictures to share. insyaAllah later.

wallahua’alam.

h1

sekeping hati itu.

August 23, 2009

khusyuk meratib asmaa’ Dia dalam khali sore ini.

Ya Allah berikan kami kekuatan untuk beramal dibulan ini dan yang akan datang.
Hati yang sentiasa dibasahi iman, tutur dan kumit2 berzikir kepadamu dan setiap perbuatan yang niatnya hanyalah kepadamu.
Jauhkanlah diriku dari persaan riak dan ujub. Buangkanlah rasa cukup dalam beribadah kepadamu. Luangkanlah masaku untuk berada disampingmu. Jangan kau biarkan aku lena dihanyut mimpi di sepertiga malam.
dan, aku berharap dan akan terus berharap “Ramadhan kali ini penuh makna”.

Ya Allah berikan kami kekuatan untuk beramal dibulan ini dan yang akan datang.

Hati yang sentiasa dibasahi iman, tutur dan kumit2 berzikir kepadamu dan setiap perbuatan yang niatnya hanyalah kepadamu.

Jauhkanlah diriku dari perasaan riak dan ujub. Buangkanlah rasa cukup dalam beribadah kepadamu. Luangkanlah masaku untuk berada disampingmu. Jangan kau biarkan aku lena dihanyut mimpi di sepertiga malam.

dan, aku berharap dan akan terus berharap “Ramadhan kali ini penuh makna”.

Allahumma ballighna lailatul Qadr.

wallahua’alam.

h1

the sports car and the Quran.

August 18, 2009

in the name of Allah

peace be upon Muhammad

every morning, to avoid from sleeping after Subuh prayer, I’ve to check my mail, reading papers, doing some blog-hopping then start my day with other routine. and this morning, I got more input than yesterday. alhamdulillah !

from here.

A young man was getting ready to graduate college .
For many months he had admired a beautiful sports car in a delaer’s showroom , and knowing his father could well afford it , he told him that was all he wanted
As Graduation Day approached , the young man waited signs that his father had purchased the car
Finally , on the morning of his graduation , his fater called him into his private study . His father told him how proud he was to have such a fine son , and told him how much he loved him . He handed his son a beautiful wrapped gift box .
Curious , but somewhat dissapointed , the young man opened the box and found a lovely , leater-bound Quran
Angrily , he raised his voice at his father and said “With all your money you give me a Quran?!! ” and stormed out of the house , leaving the holy book .
Many Years passed and the young man was very successful in business . he had a beautiful home and wonderful family , but realized his father was very old and thought perhaps he should go to him . he had not seen him since that Graduation Day
Before he could make any arrangements , he received a phone call telling him his father had passed away , and willed all of his possessions to his son . He needed to come home immediately and take care things
When he arrived at his father’s house , sudden sadness and regret filled his heart .
He began to search fo his father’s important papers and saw the “still new” Quran , just as he had left it years ago . With tears , he opened the Quran and began to turn the pages
As he read those words , a car key dropped from an envelope tape behind the Quran
*cling…
It had a tag with the dealer’s name , the same dealer who had the sports car he had desired . On the tag was the date of his graduation , and the words … PAID IN FULL!
How many times do we miss ALLAH’S blessing because they are not packaged as we expected?

A young man was getting ready to graduate college .

For many months he had admired a beautiful sports car in a delaer’s showroom , and knowing his father could well afford it , he told him that was all he wanted. As Graduation Day approached , the young man waited signs that his father had purchased the car.

Finally , on the morning of his graduation , his father called him into his private study . His father told him how proud he was to have such a fine son , and told him how much he loved him . He handed his son a beautiful wrapped gift box .

Curious , but somewhat dissapointed , the young man opened the box and found a lovely , leather-bound Quran.

Angrily , he raised his voice at his father and said “With all your money you give me a Quran?!! ” and stormed out of the house , leaving the holy book .

Many years passed and the young man was very successful in business . he had a beautiful home and wonderful family , but realized his father was very old and thought perhaps he should go to him . he had not seen him since that Graduation Day.

Before he could make any arrangements , he received a phone call telling him his father had passed away , and willed all of his possessions to his son . He needed to come home immediately and take care of certain things.

When he arrived at his father’s house , sudden sadness and regret filled his heart .

He began to search fo his father’s important papers and saw the “still new” Quran , just as he had left it years ago . With tears , he opened the Quran and began to turn the pages.

As he read those words , a car key dropped from an envelope tape behind the Quran

*cling…

It had a tag with the dealer’s name , the same dealer who had the sports car he had desired . On the tag was the date of his graduation , and the words … PAID IN FULL!

How many times do we miss ALLAH’S blessing because they are not packaged as we expected?

SubhanaAllah. Walhamdulillah. Wallahuakbar.

Mom, dad, I’m missing you. Thanks for all your love and care :)

And My Protector, all praises belong to you. One and only.

Jadikan aku dalam hamba-hambaMu yang bersyukur.

and He knows best.

wallahua’alam.

h1

jom daftar jom !

August 17, 2009

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang

dengan ini, pendaftaran bagi Sekolah Islam Ramadhan (SIR) telah dibuka kepada semua muslim, tak kira umur, jantina, warna kulit dan taraf status !

Pengajian :

Semester 1 – mendapat rahmat

Semester 2 – menuju maghfirah

Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka

Syarat-syarat kelayakan :

1. Persediaan mental – menahan diri dan nafsu dari kejahatan

2. Persediaan ruhi – meletakkan sepenuh jiwa untuk sukses

3. Persediaan fizikal - jasad yang mantap untuk melaksanakan tugas

4. Sesi muhasabah - terhadap puasa pada Ramadhan lepas

5. Masterplan - merancang yang lebih baik pada tahun ini

6. Menjalani persediaan di Kolej Rejab dan Syaaban

Kurikulum dan ko-kurikulum :

Puasa 30 hari + Qiyammullail + Tilawah Al-Quran + Sedeqah + Tarawikh & Nawafil + Iktikaf + Umrah + Zikir + Amr Ma’ruf Nahi Munkar

Saham-saham yang disertakan (secara kasar) :

Purata sehari Nawafil Fardhiah* Jihad + Dakwah**
Selain Ramadhan 1 70 700
Ramadhan 70 4 900 49 000
Lailatul Qadr 50 400 35 280 000 352 800 000

*Dalil dari Hadith Rasul SAW. (maaf tak ingat matan)

**Dalil dari Al-Quran 2:261

Sijil-sijil tamat sekolah :

- Sijil penyertaan : hanya menahan makan dan minum (Soum ‘awam)

- Sijil khas : menahan makan, minum dan perkara mungkar serta memakruhkan puasa (Soum elkhusus)

- Sijil tinggi khas : menahan segala perkara yang mencacatkan puasa dan juga menambah amal-amal soleh (Soum khusus elkhusus)

Kelebihan-kelebihan berbanding sekolah lain :*

Dibuka pintu syurga. Ditutup pintu neraka. Diikat syaitan-syaitan. Dianugerahkan lailatul Qadr. Dilimpahkan rahmat. Diampunkan dosa. Dimakbulkan doa. Dikurnia haruman kasturi dari mulut.

*Akan dianugerahkan semuanya tanpa terkecuali jika segala kurikulum dan ko-kurikulum dikerjakan dengan penuh dengan keimanan dan kesungguhan (eemanan wahtisaaban)

Testimonial dari doktor pakar sakit jiwa :

“Tempoh minimum untuk mengubah tabiat manusia adalah 30 hari = tempoh Sekolah Islam Ramadhan.”

Graduan yang telah berjaya :

Ahli-ahli Badar (313) : Para mujahid yang perlu berperang walau pada asalnya tiada niat untuk menentang musuh sebegitu. Namun, akur dengan perintah Allah dan Rasul.

Tentera-tentera Khandak : bersama-sama menggali parit sepanjang 2.3km, dengan kedalaman hingga 4.5m, dan lebar lebih kurang 4.1m [Al-Quran for Life Excellence, Dr Danial Zainal Abidin]

Toriq ibn Ziyad & tentera-tentera Andalus : panglima perang, Toriq bersama tentera-tenteranya menyeberang selat di antara Afrika dan Eropah dalam usaha untuk menawan Andalus. Diwajibkan para tenteranya untuk Qiyam. Dibakar segala kapal untuk membunuh rasa rindu dan hendak pulang ke kampung halaman serta menambah fokus bagi para tentera. Akhirnya kemenangan di tangan mereka.

Abd Rahman Al-Ghofiqi – seorang syaheed, seorang panglima tentera dalam siri peperangan Andalus, perang ini berlaku dalam kawasan sejauh 30km dari bandar Paris.

Ali Abi Talib – dihantar ke Yaman bersama surat baginda SAW untuk penduduk di sana dan dalam satu hari sahaja telah berjaya untuk mengimamkan solat mereka.

!!! Perhatian : Sekolah Islam Ramadhan (SIR) = Seer = dalam Arab, membawa maksud rahsia. Ganjaran puasa itu hanya terletak disisi Allah semata-mata. Maka, ambillah hatiNya untuk sejahtera diri anda. Kelebihan-kelebihan yang disenaraikan dan saham-saham yang dihuraikan secara kasar hanya sebagai penolak bukan jaminan untuk akaun peribadi.

Dan sekolah ini tidak mendidik jiwa pelajarnya untuk berbelanja berlebih-lebihan seawal mungkin seperti tidak mengalu-alukan langsung tetamu mulia ini.

Allahuma ballighna Ramadhan ~

and He knows best.

wallahua’alam.

h1

hidden bonds.

August 8, 2009

1_657045265l

rindu saat itu.

mekar ukhuwah kerana senyuman.

Kelas 2 Uthman – 3, 4, 5, 6 Abu Bakar. mengajar erti berkawan. bermesra. menganyam erti hidup. terima kasih kawan. moga kalian sentiasa ditetapkan kaki di jalanNya.

mekar ukhuwah kerana tangisan.

Kelas 1 Tirmidzi, 2 Bukhari, 3 Abu Daud. segala tangisan kita dirakam, tersemat kemas dalam hati dan jiwa. membesar dengan pahit maung remaja berdarah manis. terima kasih teman atas segala pelukan dan dakapan. moga kalian kan terus tersenyum menatap wajahNya nanti.

mekar ukhuwah kerana hati.

Kelas 4 Jannatul Ma’wa, 5 Jannatul Firdaus. dengan hati yang satu, berdoa memohon agar punya jiwa yang sama, untuk teruskan hidup di tempat asing itu. akhirnya, tenang ditemu jua. hati-hati telah dieratkan hingga kini tersimpul rapi. terima kasih sahabat. moga kalian kan terus berjuang hingga nafas ditarikNya.

mekar ukhuwah kerana nikmat dan musibah.

MEP6. Gen6. tawa dikongsi. tangis dirasai. tangan yang dihulur tidak dibiar kosong. kaki yang tempang tidak dibiar tanpa sokong. terima kasih Soodiq. moga kita kan saling berpegangan tangan dalam tamanNya nanti.

ya Rab, lindungi ikatan ini dari fitnah dunia akhirat. rahmati tali mahabbah ini. moga kan terus kekal hingga bertemuMu.

sob sob.

and He knows best.

wallahua’alam.

h1

pakciks.

August 5, 2009

kepada,

pakcik lab Patho yang duk halau kami keluar bila doktor dah sampai dalam kelas untuk sesi penerangan lab hari itu

pakcik lab Pharma yang setia mengangkat LCD & CPU setiap kelas kami tanpa rungut, lagi senyum ada :) hingga kadang ke tingkat tiga dia perlu mengangkatnya :|

pakcik lab Microb yang sentiasa datang awal membuka pintu department, memasang komputer & menyiapkan secawan kopi tuk paginya

pakcik lab Parasit yang setia menunggu dari awal pagi tuk menanda kehadiran kami setiap kelas

pakcik lab Physio yang tak lelah memadam white board dengan thinner hingga putih licin bersinar bagi memudahkan doktor kami mengajar dengan senang hati

pakcik lab Anat yang ke hulu ke hilir menjual glove pada kami kiranya kami tiada dan mengangkat bodies yang perlu kami belajar pada hari itu dari dalam peti ke atas katil besi

pakcik Biochem yang tak pernah marah walau berkali-kali tabung uji dipecahkan akibat bahan kimia yang terus-terusan dipanaskan tanpa henti [oh, patutnya dialihkan sekali sekala dari nyalaan api itu..]

pakcik Histo yang tak henti-henti merokok sampai satu department bau rokok, nasib tingkap dibuka heh

pakcik kedai sabun yang peramah tak hengat ;) sampai Yana pon dia nak pikat ha ha

pakcik bye-bye topup yang sekarang tak jual topup dah [mungkinkah Vodafone dah ban pakcik? hik hik]

arwah pakcik Shiko yang macam atuk sendiri, melayan kami dengan senyuman, oh ye, kami salu beli eskrem kat kedai dia :D

pakcik fatirah yang dah bertambah geng-geng fatirahnya bersama mempelbagaikan jualan *go go ‘ammu!*

pakcik tuan rumah yang sanggup memanjat rumah kami yang tingkat paling atas ni [tingkat 6 oke!] setiap akhir bulan semata-mata nak mintak sewa [padahal boleh sajor kami hantar pada pakcik sendiri..! heee]

pakcik kedai ayam yang dah taw ayam kami kene potong doblas ha ha sebab kalau potong 4@8 sangat besar tuk kami makan dan masak oke !

pakcik kedai beras yang selalu layan orang arab dulu sob sob, sebab tu kene datang beli masa orang takde huh

pakcik kedai plastik yang cuba memahami dengan amat kami nak barang apa, sampai segala isyarat keluar lambang tak reti dalam bahasa arab ‘ammi ape hi hi

pakcik lektrik yang selalu datang umah mintak bayar bil masa kami takde kat umah, asfa ya ‘ammu :)

pakcik simsar yang tolong kami carik rumah masa soifi-soifi gini, tambah-tambah pulak Ramadhan nanti mungkin ada lagi misi pencarian rumah dan perpindahan

pakcik eskrem [yang kedua :) ] yang muka jarang senyum [mungkin sebab prasan hensem?] tapi bila tengok dia jalan rupanya kaki dia [...] bukan yang biasa, oh pakcik memang macho *wink* heee

pakcik teksi yang baik atau yang kejam atau yang sopan atau yang kasar atau yang berbudi atau yang peramah

pakcik askar yang berjaga di jalanan kerana banyak bangunan kerajaan yang juga melihat dan menjaga kami berjoging di awal pagi hari sebelum segala kereta mula menyesakkan trafik

dan segala pakcik yang pernah bertembung, terlanggar, terhon, menolong mahu pon menjaga kami secara langsung mahu pun tidak

terima kasih. thank you. jazakumullah.

kerana pernah hadir dalam hidup memberi madu dan racun. memberi kekuatan dan pengajaran. waima pahit atau manis hatta amarah pon hadir sama. tapi itu yang mewarnai jalan hidup ini, selama di sini. biar segala kata-kata yang diucapkan manis atau hanya nista belaka tapi kami tahu doa-doa pakcik kan tetap mengiringi kami selalu.

kerana kata-kata pakcik selalu berakhir dengan ‘rabbuna yuwafa’ku’.

angkatlah doa mereka wahai Kuasa Tertinggi.

rahmati mereka, redhai mereka, tunjuki mereka kepada Yang Lurus, murahkan rezeki mereka, bahagiakan mereka di sini dan ’sana’, berkati umur mereka di dunia dan syafaatkan mereka pada Hari Himpunan-Mu.

dan akhirnya, temukan kami dalam tamanMu Tuhan. :)

when He gives

He shows you His kindness

when He deprives

He shows you His powers

and in all that

He’s making Himself known to you and coming to you with His gentleness

- Ibn Ata’Allah-

wallahua’alam.