Archive for July, 2009

h1

cahaya.

July 29, 2009

soifi menarik minat aku mem’blogging’. habis punah segala idea untuk menulis. di bawah ini, hanya sebagai ingatan. moga ada manfaatnya.

Tiga Cahaya di Hari Kiamat

Di hari Kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab:

Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Cahaya yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Dan cahaya ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Pelihara solat kau itu.

wallahua’alam.

h1

el7amdulillah.

July 16, 2009

subhanaAllah.

wal7amdulillah.

wa la ilaha illa Allah.

wa Allahu Akbar.

el7amdulillah. thumma el7amdulillah. thumma el7amdulillah.

moga barakah dan rahmahMu mengiringi kami sentiasa tanpa putus.

moga belas kasihMu memayungi kami selalu tanpa henti.

tahun 1 2006 : 20+ Mumtaz

tahun 2 2007 : 10+ Mumtaz

tahun 3 2008 : 30+ Mumtaz  ^__^ [terharu bole dengan kawan ? tsk tsk]

DSC00242

terharu lagi dengan usaha mereka yang Allah berkati. moga kami dalam golongan yang bersyukur terhadapMu. moga kami bukan di antara mereka yang kufur dan lupa. dan moga sampai ke syurga kejayaan yang Kau redhai mengiringi kami.

DSC00127

tambah-tambah haru lagi dengan curahan kasihNya. diuji dengan susah payah sepanjang 3 bulan exam. baca, tak masuk. baca, ngantuk. baca, lupa. tension + penat + serabut = tido. bila hari exam, sume muke tegang depan dewan. masuk dewan, peluk kawan masing-masing, carik semangat. senyum dengan payah agar hormon baik-baik keluar. berakhirnya exam, sume mahu balek awal. mahu tido. mahu lelap walau seketika. tolak tepi sume kertas soalan.

DSC00129

bila hilang rasa mahu usaha, sahabat dicari. buzz. buzz. bila buntu mencari penyelesaian, teman dicari. buzz. buzz. bila mahu kacau orang tika telah bosan membaca, rakan dicari. buzz. buzz. YM sibuk amat. ha ha.

IMGP1121

habis betol semua paper, rasa mahu melompat bergayut di awanan putih.

tapi resah tetap ada. debaran menanti keputusan. dan kelmarin pengakhirannya.

Allahu Samad. Allahu Samad. Allahu Samad.

terima kasih yang teramat untuk segala doa dan ingatan kalian.

moga Allah membalas dengan sebaik balasan.

^____^

wallahua’alam.

Allahuma baarik lanaa fi Rajab wa Sya’ban wa ballighna Ramadhan.

h1

Allah nak ajar, dengar.

July 4, 2009

in the name of Allah

peace be upon Muhammad, The Last Prophet.

0955am : One message received

[Adik Kak Tun meninggal pagi tadi, selamat disemadikan sebelum zuhur tadi]

kala itu, aku sedang berlari. kat Hadiqah Dauliyah. untuk Amazing Race.

lemah terasa jantung. kawan Bangah, Azizol, selamat menghadap Ilahi pagi ini. Anak yatim, anak bongsu dari 8 (kalo tak silap), berumur 16 tahun, seorang yang sangat beradab dan tersusun tutur. Khali. Diam dalam meratib pada Ilahi. Dia telah pergi dulu. Leukemia. Barah darah. Stage 4. Itu yang merampasnya dari hidup seperti biasa. Merampas darinya gelak tawa dan gurau senda harian. Umi & Abi ada menjenguknya kelmarin. El7amdulillah dia masih kenal walau barah telah sampai ke otak.

Bukan macam Arwah Mak Yang dulu. Mak Yang lupa anak-anak perempuannya. Tak kenal. Badan susut. Muka macam muda-muda dulu cuma cengkung dan pucat. Anak-anak kandung pon Mak Yang tak kenal, apetah lagi aku, anak buahnya. Arwah pergi jua akhirnya. Setelah itu, Kakyong Nabihah dikesan oleh doktor menghidap barah darah, leukemia. El7amdulillah, Allah masih memanjangkan umurnya hingga kini setelah 20+ rawatan kemoterapi.

2001 : Pertama kali menerima berita kematian. Sedang dalam kelas Kemahiran Hidup kat bengkel sekolah, kakak senior panggil ke pejabat. Katanya Abi telefon. Tika memberi salam pada Abi dari gagang telefon, terus Abi khabarkan, Abi di Ipoh kini. Untuk mengebumikan atuk, ayah Abi. Diam. Diam seribu bahasa. Lemah terasa lutut yang berdarah semalam. Malam sebelum itu, aku jatuh depan surau asrama. Luka agak teruk. Dan denyutan luka bertambah kuat setelah mendengar berita itu. Atuk, Abd Rahman Dahalan, suka benar menciumku, menjadi cucu kesayangannya selepas Kak Yani, Abg Muzaffar & Is. Atuk selalu tersenyum. Atuk selalu melayan kerenah. Atuk selalu ketawa. Atuk tak pernah marah. Atuk selalu sangat gelak. Tapi atuk takut ubat rupanya. Hm, rindu atuk. Kau, Yang Tahu, rahmati atukku itu. Dan sayangi dirinya sepertimana dia telah menyayangi ayahku suatu masa dahulu.

2006 – Mak Yang, ipar Umi merangkap isteri pada adik Abi. Punya sepasang anak kembar yang sulung – Fatin Nabilah & Fatin Nabihah (Kaklong & Kakyong), anak kedua – Nafisah, anak ketiga – Safiyyah. Kesemuanya el7amdulillah dibesarkan dengan sangat baik sekali. Pak Yang seorang guru. Mak Yang merupakan antara makcik-makcik aku yang paling lembut. Bicaranya tak pernah tinggi suara terhadap orang lain. Kata-katanya memujuk hati dan bibirnya sentiasa tersenyum. Anak-anak ditarbiyah menjadi hafizah el7amdulillah. Tapi barah juga yang meragut dirinya pergi. Breast cancer. Mak Yang pergi dalam tenang dan aman. Kaklong la yang punya kuat untuk tolong membersihkan wajah ibunya. Adik-adik yang lain masih lemah di dalam bilik. Dan el7amdulillah kini, mereka punya ibu baru :) moga Allah memelihara Mak Yang di sana dengan sebaiknya.

2007 – Empat kematian. Dua darinya –> Ustazah Fauziyah, PKHEM sekolah & Siti Munirah, junior sekolah. Ustazah dikatakan jatuh dalam bilik air dan meninggal. Punya masalah jantung dan memang bukan dalam kondisi yang begitu baik pada hari-hari sebelumnya. Munirah, meninggal tatkala bermain dengan adik-adiknya di rumah. Arwah menjerit memanggil ibunya kerana katanya sakit kepala namun setelah itu dikatakan telah pergi tak kembali. Baki dua –> Moyang & Sepupu. Moyang meninggal kerana umurnya yang memang tua dan el7amdulillah kaum kerabat ada disisinya tika itu. Sepupu kembali padaNya pada hari yang sama dia jatuh sakit. Jam 10pg, badannya beransur-ansur panas, menginjak pula ke tengah hari, he lost his control over his bladder function then his temperature spiked up tremendously. Masuk hospital, Umi Abahnya dipanggil dari tempat kerja, meneman anak disisi. Jam 6ptg, dia pergi tuk selamanya. Moga Kau rahmati dan kasihi mereka semua ini, lebih dari kasih aku terhadap mereka. Lebih yang sangat lebih. Kerana Kau yang Maha dalam segalanya.

2009 – Ketua merangkap qudwah dan teman, Ammar Zulkifli & Azizol, teman sepermainan Bangah. Seorang pergi kerana kemalangan, seorang pergi kerana sakit. Moga pergimu itu ada ganti yang Allah beri, ganti yang lebih baik, lebih baik untuk Deen dan ummah :)

actually, I got the news about Azizol @ Jijoi who had leukemia two days before, when I was on the way back from Uswah’s house, after cooking for her. I was just too glad to see her 1st born baby-boy, Yahya b. Suhaib. Then, mom sent me the breath-taking news. On that day, mom and dad went to see him and he could still recognize them. Mom asked him how he felt nowadays. He just said, he’s having a bad headache. Well, he was diagnosed stage 3 leukemia during the last 3idul-fitr. But now, it has advanced rapidly and entered stage 4. And now, he’s gone forever.

Moga Allah rahmati hidupmu sepanjang di alam dunia. Moga azab kuburmu diringankan. Moga dibuka bagimu pintu-pintu dari taman-taman syurga. Moga wajahmu diserikan dengan air wudhu’ yang selama ini kau amalkan. Moga Allah mengurniakan kekuatan kepada ibumu sepertimana Dia telah mengurniakan ketabahan buat Khadijah r.a tatkala kematian putera-puteranya.

Ahh, tenanglah hati. Mati juga menghampiri kau. Moga dalam husnul khatimah.

Allah nak ajar, dengar. Allah nak tunjuk, lihat. Allah nak beri, ambil. Allah nak tarik, redha.

Moga tiada hentinya hidayah dan taufikMu buat kami Ya Haadi.

Moga tangis kami lebih dari tawa di dunia.

Mohon dengan amat.

Allah, moga hanya itu yang berada di lidah dan hatiku selamanya.

for He knows the best.

wallahua’alam.