h1

ketua kelas.

June 11, 2009

in the name of Allah

peace be upon Muhammad

mungkin dah banyak tawa. mungkin dah banyak senda. 

kini hadiahnya tangisan yang tiada henti.

ketua kelas kami. setahun pon tidak sampai. selalu inbox dipenuhi mel darinya mengingatkan sahabat-sahabat lain. teguran dilontar, pujian dihulur dalam hikmah yang tersusun. saat ini, terkenang-kenang saat kami melantiknya pada awal tahun. kecoh dewan kuliah menyokongnya. bagai baru semalam detik itu. teringat jua kala berkhidmat di bawahnya untuk mengurus dinner bersama JPA. walau program kecil sahaja namun dedikasi yang diberikan amat tinggi. teliti hingga ke perkara kecil. 

rupanya Yang Memiliki lebih menyayangi. Dia ambil dirinya dalam kondisi kami gembira dengan tamatnya peperiksaan bertulis akhir tahun 3. Dia ambil dirinya tika sedang sibuk menguruskan rehlah pengukuh ukhuwah ikhwah gen 6 selepas ujian lisan. Dia ambil dirinya tika masih dalam tempoh menuntut ilmu.

moga Allah mengampunimu, merahmatimu dan meredhaimu.

moga Allah membuka pintu-pintu syurga buatmu dan bukan lubang-lubang neraka.

moga hisabmu diringankan, mizan kananmu diberatkan dan buku amalanmu diterima di tangan kanan.

moga syafaat Rasulullah SAW kau peroleh, dan meniti titian Sirat dengan selamat.

moga kau mendapat minum dari telaga Kauthar dan naungan oleh Yang Belas Kasihan di Padang Mahsyar kelak.

moga kau dimasukkan ke dalam syurga tertinggi bersama Nabiyeen, Soliheen dan para Syuhada’.

Kau yang bernama Muhammad Ammar bin Zulkifli. pemergianmu menyatukan hati kami; dalam perit dan pahit.

quote Allahyarham : Mereka adalah anak-anak akhirat, melihat dunia dari jendela akhirat. Bernafaslah dalam jiwa hamba.

tunggu kami sahabat. kami bakal menyusulmu.

doa dan terus berdoa bagi mereka yang masih diizin untuk bernyawa. moga Akram kan stabil dan dapat meneruskan prosedur yang seterusnya. moga Abd Rahman kan dapat pulih dan melepasi segala komplikasi dengan jayanya. moga jiwa Fitri tenang dalam pemeliharaanMu Tuhan. moga akal dan hati Saif dipanduMu dengan sebaiknya. pelihara setiap dari mereka Ya Rab kerana pemeliharaan Kau yang terbaik. wa la haw la wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim.

bagi Kau segala yang terbaik.

innalillah wa inna ilaihi roji’uun.

wallahua’alam.

p/s : hilang seorang musyrif kami joging T_T moga Kau pelihara baki yang satu, dia yang masih belum sedar itu duhai Yang Tahu.

14 comments

  1. hıııı ı’m sukru my mail efsne-47-47@hotmail.com


  2. masa yang tidak dinanti dan tak pula diketahui tapi pasti menjelma.

    aku pohon aku rayu biar masa itu tika datangnya aku bersedia. tapi mana mungkin aku pasti.

    moga dia di tempat yang lebih indah dan diatur cantik Yang Kasih Yang Abadi.

    kisah dia dah berakhir, entah kisah kita dicorak bagaimana pula aturnya.

    p.s. hi sukru.


  3. keep praying..keep praying…keep praying….

    O’Lord grant our wishes…we want the best for them…


  4. Salam.
    Pelajar medic yang kemalangan tu sahabat kak Kyna yer? Innalillah hiwainna ilaihirajiun.


  5. sukru – hi !

    .h – moga setiap dari kita punyai corak yg cantik sepertinya bahkan mungkin lebih indah darinya.
    wahai Yang Tahu, perkenankan i_i

    damadelunas – doa doa doa bagai tiada hentinya nafas.

    insyirah – a’a ye dek, kawan sebatch. doakan arwah dan kawan2 lain yg terlibat ye.


  6. salam..aku dpt tau smlm..ntah..sedih gk bla dpt tau..even x knl sape arwah..sbb kwn kamu pun kwn aku jge..mga arwh d ampunkn sgla dosa2 sms hidupnya..mga kalian d sana pun tabah hdpi musibah ini..hrp2 shbt2 yg msih kt hospital tu bnykkn sabar..kinah,tlg kim slm kt ahli bayt..


    • ameen ya Rab, terus doa ye erun :)


  7. [...] tentang beliau boleh di baca di sini, di sini dan di [...]


  8. sampai skang ak stil bukak sumer blog yg berkaitan ngan arwah…
    sungguh walaupon x kenal…..tp bngge dapat kenal die indirectly by korang…..huhu….kisah die n sahabat sekeliling die bnyak bg pengajaran…..


    • teruskanla membace Dila, moga kebaikan2 arwah dapat disebar dan menjadi teladan buat yg masih hidup.
      nak mintak kami yg sebarkan mmg payah
      tp bacalah, dan sebarkan pd yang lain, amek teladan n contohi, moga Allahyarham kan tiada terputus sahamnya hingga ke Hari yang Dijanjikan hendaknya :)


  9. salam alaykum kiena

    lama tak bertegur sapa. alhamdulillah. sampai juga

    Moga ruh ammar tenang menghadap Allah. ameen.

    somehow, I can’t stop myself from thinking about this incident since a few days ago, berita ni spread to Auckland.

    though tak pernah kenal, tapi blh rasa sedih juga. bukan main2 tumpang sedih. ni sedih betul. wallahu ‘alam.

    selamat mujahadah.

    wassalam


    • 3leyki salam warahmatullah

      ye, lame kita tak bertego sapa tapi doa masih meniti utk setiap kita kan? :)
      a’a ramai yang cakap mcam tu – walau tak kenal, walau tak pernah bersua, tetap terase kesedihannya -
      gembira dgn khabar sume org menumpang sedih kerana dalam stp ingatan masing2 akan terus berdoa untuk Allahyarham dan sahabat2 lain yg terlibat, bangga kerana khabar tersebar tentangnya dgn harapan moga kebaikan arwah dapat disebar dan menjadi teladan buat kita yang masih hidup.

      moga Allahyarham kan peroleh saham yang tiada putus.

      thanx bihah for dropping here for a while. it’s very nice of u :D seeing ur comment really make me smile tho, ouh and please pray for the rest of us to finish our exams by the end of June :)

      selamat mujahadah jua di sana. moga same2 akan dapat berkumpul dalam syurga Yang Memiliki satu hati nanti.. !


  10. just berlayar..
    walau dh lama..
    kehilangan tu terasa..
    mga ruhnya terus dicucuri..dan kita pula..terus beringat dalam meniti kehidupan yg penuh duri..


    • ^_^



Leave a Comment