Archive for June, 2009

h1

hutang lama.

June 29, 2009

hutang dari I-sya.

award[1][2]

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

Done ! ;)

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

# A girl who could really express herself well. Really, I mean it. I’m one of her silent readers and I’m following her updates as long as I can remember about 4-5 years already. And for that period of time, I know when she’s mad, funny, crazy, calm and bored. She wrote them down very neatly :)

# She’s small. Like me. ha ha, seriously, one day kan aritu I-sya, pi umah Nadz, even her mom kata when she saw me about 4 meters away ‘eh tuh Aisyah AB ke?’.  heh :P

# She lives in B.B.Bangi, in a group of houses which my mom said – people called it ‘Crystal houses’- tah betol ke tak, and nak dijadikan cite, dulu selalu cycling area Seksyen 4 and I-sya’s house (walau masa tu, penuh dengan lalang & semak sebab belum pindah masuk :) ) was among one of the house I admired the most. Sebab rumah tu lot tepi & cantek :D

# She has one little younger brother (the youngest, Anas) that she could play and do silly things with him. Mine have already entered high school so I’ve no one to play silly and childish things with. ha ha, jeles ke hape. Cousins je la harapan.

# She’s the oldest in family. She has one name. No ‘Nur’ or ‘Siti’ or ‘Dayang’ or whatsoever. Like me :)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

# Tak suka makan makanan yang dah sejuk. Mesti kene panaskan dulu.

# Cepat buhsan. [ha ha, tu sebab asyik buat bende pelik2 je tiap2 bulan :P ]

# Gila maths. tapi sekarang, hutang pon salah kira. *sigh*

# Hate caffeine [exception for tea and cocoa]. Seriusly, enough for just the smell, I really could be stimulated to be awake. Ouh, thanks for my dear housemates and lecturers for bringing along their cappucino, coffee and nescafe to classes. ha  ha~

# High level of curiousity. So, don’t say anything to me if you do not wish to share it :P ‘coz soon enough I’ll know the details. From trusted sources.

# In love with swimming. Thanks to Abi and Umi yang daftarkan kelas.

# Nak sangat adik perempuan. When the last one turns out to be a boy, I walked slowly to his cot then pinched his foot. ha ha geramnye pasal. But then I learned, el7ahmdulillah, the baby was he not she. ‘coz I could buly him with all my heart without hearing him tell-tale-ing or crying non-stop to my mum. ha ha~

# Hate being in the crowd for the whole day [like shopping complex on weekends or parties etc] and in the sun for a long period [like sport's day or whatsoever events without a tent or shade for protection]. These will give me headaches and migrain.

# Had lost my watches over 10 times [kot..?]. Mom got fed-up with me. ha ha, asyik beli baru je. Since I’ve my scholarship, I bought 2 watches. I lost the 1st one. :P

# Pernah dikejar anjing. Horror betol. Dah la mase tu la jugak selipar putus. el7amdulillah semua selamat kaki tangan tanpa calar :)

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.

hu part ni la yang tak reti. eh, sape nak buat sila la ye. tak paksa. ngee :D

[ok ninah, part 1 tag kau aku dah buat, aku tak buat yang part 2 sebab aku tak bace buku ape pon sebelom ni heee :) ]

- fuh, akhirnya, habis siap. :)

wallahua’alam.

h1

khali dalam hilang.

June 15, 2009

bismillah.

hilang nafsu.

nafsu untuk terus menulis seperti yang lain. maaf. bukan niat.

sila rujuk segala link di bawah untuk maklumat.

.: Ini Amad Pesan :.

click !

lurv4Allah

criestz

kimia sempurna

HARAKATUL INQAAZ

UPDATED

Serpihan Perkongsian

AzahAmin

UPDATED #2

MizJana

Kalam Puncak

Jackster

mohon doa dari kalian. doa untuk sahabat-sahabat yang ditinggalkan. moga semangat dikembalikan, jiwa diteguhkan, iman ditingkatkan dan taqwa digandakan.

mohon doa jua untuk kami yang masih punya ujian lisan berbaki 3. moga lidah dilancarkan, kata-kata difahami dan hati guru yang bertanya dilembutkan untuk menerima jawapan kami.

mohon doa yang terus. tiada putus. kerna hanya doa pengikat bersama.

usahlah dibiar tangis berjujuran lagi. jangan izin Thaghut menang ke atas diri. istighfar. zikir. Al-Fatihah. Yaasin. Allah lebih mengerti hati kau. maka tenanglah dalam mengharungi mehnah ini. sabar kau akan dikira pada setiap detiknya.

for Allah knows best.

wallahua’alam.

h1

ketua kelas.

June 11, 2009

in the name of Allah

peace be upon Muhammad

mungkin dah banyak tawa. mungkin dah banyak senda. 

kini hadiahnya tangisan yang tiada henti.

ketua kelas kami. setahun pon tidak sampai. selalu inbox dipenuhi mel darinya mengingatkan sahabat-sahabat lain. teguran dilontar, pujian dihulur dalam hikmah yang tersusun. saat ini, terkenang-kenang saat kami melantiknya pada awal tahun. kecoh dewan kuliah menyokongnya. bagai baru semalam detik itu. teringat jua kala berkhidmat di bawahnya untuk mengurus dinner bersama JPA. walau program kecil sahaja namun dedikasi yang diberikan amat tinggi. teliti hingga ke perkara kecil. 

rupanya Yang Memiliki lebih menyayangi. Dia ambil dirinya dalam kondisi kami gembira dengan tamatnya peperiksaan bertulis akhir tahun 3. Dia ambil dirinya tika sedang sibuk menguruskan rehlah pengukuh ukhuwah ikhwah gen 6 selepas ujian lisan. Dia ambil dirinya tika masih dalam tempoh menuntut ilmu.

moga Allah mengampunimu, merahmatimu dan meredhaimu.

moga Allah membuka pintu-pintu syurga buatmu dan bukan lubang-lubang neraka.

moga hisabmu diringankan, mizan kananmu diberatkan dan buku amalanmu diterima di tangan kanan.

moga syafaat Rasulullah SAW kau peroleh, dan meniti titian Sirat dengan selamat.

moga kau mendapat minum dari telaga Kauthar dan naungan oleh Yang Belas Kasihan di Padang Mahsyar kelak.

moga kau dimasukkan ke dalam syurga tertinggi bersama Nabiyeen, Soliheen dan para Syuhada’.

Kau yang bernama Muhammad Ammar bin Zulkifli. pemergianmu menyatukan hati kami; dalam perit dan pahit.

quote Allahyarham : Mereka adalah anak-anak akhirat, melihat dunia dari jendela akhirat. Bernafaslah dalam jiwa hamba.

tunggu kami sahabat. kami bakal menyusulmu.

doa dan terus berdoa bagi mereka yang masih diizin untuk bernyawa. moga Akram kan stabil dan dapat meneruskan prosedur yang seterusnya. moga Abd Rahman kan dapat pulih dan melepasi segala komplikasi dengan jayanya. moga jiwa Fitri tenang dalam pemeliharaanMu Tuhan. moga akal dan hati Saif dipanduMu dengan sebaiknya. pelihara setiap dari mereka Ya Rab kerana pemeliharaan Kau yang terbaik. wa la haw la wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim.

bagi Kau segala yang terbaik.

innalillah wa inna ilaihi roji’uun.

wallahua’alam.

p/s : hilang seorang musyrif kami joging T_T moga Kau pelihara baki yang satu, dia yang masih belum sedar itu duhai Yang Tahu.

h1

nerve-wrecking news.

June 11, 2009

Dengan namaMu ya Allah, yang nyawaku sentiasa di dalam genggamanNya
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :
1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil
2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil
3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil
4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil
5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)
- telah pulang ke Rahmatullah
Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.
Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.  
Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada’ di atas jalanMu ya ALLAH!.  Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!
Setakat itu maklumat yang diterima daripada presiden PERUBATAN, Ahmad Wafi Arshad dan beberapa wakil yang masih berada di sana. Maklumat terkini insyaAllah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Wassalam.
Al Faqir ilAllah,
Mohamad Ashraf Mohamad Isa
Timbalan Presiden I
PERUBATAN
mediaPERUBATAN: berita dan kisah penuh akan disiarkan kemudian.

Sumber : PERUBATAN ONLINE

Allahumma innaka ‘afuwwun kareem tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna~~

moga kasih sayang Kau sentiasa mengiringi dia yang pergi.

moga mereka cepat sedar dan sembuh.

kurniakan mereka yang terbaik dalam segalanya Ya Rab.

tiada daya dan upaya kami melainkan mengharapkan rahmat belas ihsanMu.

and He knows best.

wallahua’alam.