
Hari Arafah
December 18, 2007in the name of Allah…
peace be upon Muhammad..
Hari ini genaplah kalendar bulan Islam 9 Dzulhijjah…hari di mana umat Muhammad yang telah dijemput untuk memijak tanah suci itu untuk berkumpul di Padang Arafah…hari di mana rukun Islam yang kelima ditunaikan…detik mana persamaan manusia itu lebih jelas dan dirasai…pemimpin kan bercampur gaul dengan fakir miskin…kaum berkulit putih kan bercampur mereka yang berkulit hitam…di sanalah jua perbezaan antara manusia itu dapat dilihat…saling melengkapi antara satu dengan yang lain…kesabaran dan kecekalan jua diuji dengan penuh keperitan dalam menunaikan ibadah suci ini…moga mereka yang berkesempatan pada tahun ini kan pulang dengan haji yang mabrur…dan pulang membawa hati yang suci…dan terus suci…moga ada perubahan pada umat Muhammad ini..

moga kita yang tiada kesempatan ini akan dibuka jua jalan untuk ke sana insyaAllah…dunia dah ketandusan iman…moga kemahuan untuk menguatkannya kembali masih ada…

~current situation in Cairo, Egypt…suhu dah mencecah 12 darjah celcius…sejuk bangat…tak mau keluar selimut pun..tapi hidup perlu diteruskan gak…esok dah raya haji…nak nangis tengok orang arab semangat nak sambut hari raya korban ni..kalau tahun lepas, kedai2 runcit memang tutup agak lame…sampai stok kat rumah dah habes…tak taw nak makan ape…makan buah oren je…tapi tahun ini dah siap2 beli barang mentah n basah…penuh peti..makanan ringan pon dah siap kat tepi meja..musim sejuk nih lapar je perut..insyaAllah jalan bakal lengang…a whole different situation with Eidul-Fitr..orang arab cuti sehari n esok kedai dah dibuka…mereka lebih menghayati dan meraikan pengorbanan Nabi Ibrahim AS itu lebih daripada tibanya penghujung Ramadhan…mereka bersedih…kerana pintu neraka telah kembali terbuka dan tiada lagi ganjaran pahala yang diberikan..
solat Eidul-Adha akan ditunaikan seawal pagi dan kemudian semua akan berkumpul di kawasan korban untuk melihat bahagian masing2…jalan raya akan bermandi darah binatang..orang-orang kaya kan merasa puas dengan memberi bahagian korban kepada fakir miskin…dan fakir miskin kan bergembira dan bersyukur yang teramat kerana masih diizinkan untuk menjamu selera mereka dengan daging korban buat kesekian kalinya…
hari arafah..perbanyakkanlah berdoa mohon ampun dan redhaNya…kerana Nabi Adam AS telah diampunkan, doa Nabi Yunus AS tuk dikeluarkan dari perut ikan nun telah dikabulkan, dan doa Nabi Zakaria AS juga telah dikabulkan…hadapkanlah wajahmu ke kiblat dan berdoalah penuh khusyuk…make a prayer together..

..::SALAM EIDULADHA::..
“Barang siapa berkorban dengan suatu korban, maka mulai titisan darah yang
terjatuh ditanah, Allah mengampuni semua dosanya dan dosa-dosa kelurganya dan barang siapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah Taala menimbangnya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud.”
- sabda Rasulullah-
kelas kembali beroperasi pada 24 Disember…guess what’s on Dec 23rd?heh…need answers.. =P

wallahua’alam..

[...] gathering at Arafah. I got this picture from autumnzapple. The view is something like people all in white as far as the eye can see. It was here that the [...]